BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

2011/03/28

LONTAR PELURU

Pengenalan
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

Prinsip-prinsip makanikal
Untuk mendapat jarak yang optima, pelontar peluru mestilah mempertimbangkan faktor-faktor berikut :
1. Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan peluru
2. Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang sama.
3. Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengan tangan lebih lama.
4. Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.
5. Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektile.
6. Sudut penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang pelontar.

Fasafasa Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :
1. 1. Fasa Persediaan
2. 2. Fasa Gelungsuran
3. 3. Fasa Lontaran
4. 4. Fasa Pemulihan
Latihan ansur maju Sepintas Ialu, pada anggapan umum memang mudah melakukan lontaran, dan sesiapa sahaja boleh melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi apakah kita yakin cara kita melakukan lontaran bola besi seberat lebih kurang tujuh kilogram itu mematuhi syarat dan aturan yang ditetapkan?. Cara melakukan lontaran harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran dalam melakukannya juga hanya diperolehi menerusi latihan.
Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalarn acara ini. Peringkat-peningkat ini adalah seperti berikut:
1. Cara memegang peluru.
2. Persediaan dan pergerakan awal.
3. Perlakuan melontar.
4. Pendaratan peluru.
5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.


Cara memegang peluru
Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.
Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna.
1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali.
2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong.
3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan.
4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan.
Persediaan dan pergerakan awal
Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta pegangan peluru juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru. Ketika ini juga peserta berada dalam keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk melakulcan pergerakan awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini bermakna jika teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga berbaza. Oleh itu ada baiknya kita bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikut teknik lontaran yang digunakan.

Teknik Lontaran Berdiri Statik
Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini. Teknik ini boleh juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah peserta yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia dapat memahirkan diri dalam teknik ini.

Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik.
1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan peserta dalam kedudukan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah.
Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan kiri menyilang ke kanan.
3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar.
4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran.
5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal pergerakan badan, tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.

Lontar peluru Undang-undang
1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.
2. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap peserta dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik di antara kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang kelapan, ia tidak diputuskan. tetapi pesenta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat tiga percubaan tambahan bersama dengan peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8 peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan 6 percubaan sahaja.
3. Di tempat pertandingan, setiap peserta, jika boleh, diberi dua percubaan sahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta dipanggil nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim.
4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar meggunakan alat-alat itu untuk tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam sektor untuk Iatihan, dengan atau menggunakan bulatan dalam sekotor untuk latihan, dengan atau tanpa a1ata-a1at akan meninggalakan kesan.
5. Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah memulakan lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.
6. Peserta mestilah memulakan lontarannya dan pendirian yang tetap (keadaan tidak bergerak) dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja. Semasa peserta membuat pemulaan lontaran dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau rapat dengan dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat lontaran. Peluru tidak boleh dibawa kebelakang dan paras garisan bahu.
7. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau Iebih jari yang boleh membantu peserta bila rnernbuat lontaran, akan dibenarkan. Penggunaan pita ditangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka.
(b) Sarung tangan tidak boleh digunakan.
(c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai di bahagian tangan sahaja.
(d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dan kecederaan, peserta peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu.
(e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di dalam bulatan atau kesutnya.
8.Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-¬mana bahagian sebarang anggotan badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika membuat percubaan.
9. Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar peraturan-peraturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah memulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan ia mestilah keluar dengan mengikut peraturan diberi di bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan percubaan yang baru.
10. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaktah jatuh di datam kawasan di antara dua sisi sebelah dalarn garisan 50mm lebar.
11. Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru kebahagian dalam relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.
12. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru meyentuh tanah. Ia mestitah tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang akan ditandakan dengan garisan lurus putih yang dilukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan berakhir di luanya. (Lihat para 17)
13. Setelah selesai sesuatu Iontaran, peluru itu mestilah dibawa batik ketempat pemulaan atau bulatan dan tidak secara dibaling.
14. Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta, termasuk lontaran yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira.
15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat yang disediakan oleh pihak Pengelola sahaja boleh digunakan, dan sebarang pengubahan kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun di antara peserta akan dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Di pertandingan di antara dua atau lebih, para peserta boleh menggunakan alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum pertandingan dijalankan dan alat-¬alat itu boleh digunakan oleh semua yang rnengambil bahagian.
16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.

Langkah-langkah keselamatan
Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan juga jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan dirinya sendiri jika dia cuai. Bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau dekat dengan peserta. Oleh itu adalah penting
Langkah-langkah ini diperhatikan:
1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan.
2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta.
3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut peluru juga dilakukan serentak.
4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru.
5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.
6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter antara satu sama lain.
7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.
8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu kumpulan
9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.
10. Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.
11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS

Peralatan
Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai.

Berat Peluru
1.DEWASA
7. 265 kg

2.WANITA
4. 005 kg

3.REMAJA
4. 000 kg

Gaya Lontar Peluru
Ada tiga jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu:
(a) Gaya Lontar Berdiri
(b) Gaya Lungsur Selangkah
(c) Gaya Parry O'Brien

1. Gaya lontar berdiri

Pegangan (Grip)
• Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk
memegang peluru.
• Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan
tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng menyangga peluru.
Lakuan Sedia (Preparation)
Berdiri di bahagian depan bulatan.
Bahu kiri dihadapkan ke arah lontaran.
Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga.
Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar

Lungsuran (Glide)
Tiada

Lontaran (Delivery)
• Rendahkan kaki kanan.
• Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan
sambil menyilangkan badan.
• Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua
belah kaki.
• Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari
badan
Pulihan (Recovery)
Kedudukan kaki depan belakang seperti semasa lontara

2. Gaya lunsur selangkah

Pegangan (Grip)
• Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk
memegang peluru.
• Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan
tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng menyangga peluru.
Lakuan Sedia (Preparation)
Berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangi kawasan lontaran.
Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga.
Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.
Lungsuran (Glide)
Alihkan berat badan pada kaki kiri, kaki kanan digerakkan ke bahagian tengah bulatan dan dalam masa yang
sama kaki kiri disilangkan
Lontaran (Delivery)
• Rendahkan kaki kanan.
• Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan
sambil menyilangkan badan.
• Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua
belah kaki.
• Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari
badan
Pulihan (Recovery)
Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke belakang

3. Gaya parry o’brein
FASA
Pegangan (Grip)
• Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru.
• Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng menyangga peluru.
Lakuan Sedia (Preparation)
Berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangi kawasan lontaran.
Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.
Lungsuran (Glide)
Condongkan badan, kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri ditendang ke hadapan bulatan.
Gerakkan kaki kanan ke bahagian tengah bulatan.
Lontaran (Delivery)
• Rendahkan kaki kanan.
• Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan sambil menyilangkan badan.
• Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua belah kaki.
• Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan
Pulihan (Recovery)
Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke belakang

Lontar Peluru Gaya Parry O’Brien
Ada 4 Fasa :-
1) Fasa persediaan
• Bengkokkan badan.
• Bengkokkan kaki kanan.
• Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.
2) Fasa Gelongsoran
• Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan.
• Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian atas badan.
• Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.
• Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.
• Bahu menghadap arah lontaran..
3) Fasa Lontaran
• Siku kanan diangkat tinggi.
• Kaki kiri masih menyentuh bulatan.
• Peluru dilepaskan.
4) Fasa Pemulihan
• Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.
• Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

2011/03/21

2011/03/07

2011/02/21

SELAMAT DATANG KE LITTLE SHEEP ^ ^

Selamat datang ke blogspot kumpulan kami. kumpulan kami terdiri daripda 3 ahli kumpulan iaitu, Hu Yi Lin, Yap Ke Ni, Yong Chia Xin, 2PPISMP BC/PJ/KS 2. Harap kita boleh belajar bersama-sama melalui blog ini.